Alam percintaan adalah suatu kenangan yang terindah didalam
membentuk legasi keluargaku. Cinta yang tulus dan ikhlas membuatkan rumah
tangga yang ku bina umpama taman-taman syurga yang membuatkan ku terpesona.
Mungkin anda gusar melihat seorang demi seorang rakan karib
sudah berteman dan ada sebahagiannya sudah menempuh alam rumah tangga. Lebih
membimbangkan pada usia melangkau 35 tahun anda masih belum berteman sedangkan
ada diantara rakan anda sudah menimang cahaya mata hingga 5 orang anak.
Di ruangan ini, aku akan kongsikan kepada anda bagaimana aku
melalui detik-detik hitam dalam perkenalan yang hampir memalukan diriku sendiri
yang aku sendiri tidak pernah membayangkan perkara seperti ini akan berlaku
dalam hidupku dan bagaimana akhirnya aku berjaya mengatasi masalah tidak
mempunyai kekasih selepas aku mengikut ayat-ayat dan doa untuk menunduk kekasih
hati. Usah bimbang kerana amalan ini bukannlah syirik kepada Allah dan ia 100% dijamin berpandukan kepada ayat suci Al-Quran.
Namaku Suhaimi seorang Eksekutif bank di ibu kotaraya Kuala
Lumpur yang kini sudah hampir 3 tahun mendirikan rumah tangga. Namun begitu, ia
bukanlah satu perjalanan yang mudah untuk aku nikmati hari ini.
Siapa yang tidak mahu berkahwin.. Dengan rupa paras Alhamdulillah..pekerjaan
yang tetap masih terdapat kekurangan dalam hidupku iaitu teman hidup atau
kekasih hati. Jujurnya aku adalah seorang pemalu yang segan silu apabila
berhadapan dengan wanita. Entah mengapa secara tiba-tiba lidahku menjadi kelu
untuk berkata-kata apabila berhadapan dengan wanita yang mempunyai ciri-ciri
yang aku idamkan.
Ibu dan ayah risau melihat keadaanku yang masih solo membujang
sedangkan umurku sudah melangkau 36 tahun. Rakan kenalan sibuk bertanya
statusku tiap kali aku menghadiri majlis keramaian atau keraian. Ah! Mahu sahaja
aku menutup telinga dan lari dari soalan-soalan tersebut.
Bukan tidak pernah mencuba mencari pasangan tetapi pelbagai
taktik dan teknik telah aku lakukan dan kebanyakkan usahaku menemui jalan
buntu, hampa dan mengecewakan.
Sekiranya persoalan “MENGAPA” sentiasa bermain dibenak fikiran anda, tiap kali itulah anda gagal menemui jalan keluar. Hinggalah pada saat dan ketika anda menemui seorang yang tepat membimbing anda mencari penyelesaian “ BAGAIMANA” dan itulah yang telah aku lalui sebelum ini..
Saat ini semuanya cukup bermakna dalam hidupku untuk memberitahu bahawa diri ini sudahpun berpunya.
SYUKUR KEPADA ALLAH YANG MAHA MENENTUKAN… Aku temui Jawapannya
Maksudku disini, rakan sekerjaku yang mencadangkannya, kerana sudah mula mual dan bosan melihat diriku yang seringkali dikecewakan. Beliau jugalah sahabat yang tidak putus-putus memberi dorongan dan semangat serta mencadangkan bahawa aku perlu lakukan sesuatu untuk melenyapkan perasaan rendah diri dan krisis emosi yang dahsyat pada waktu itu.
Mulanya, aku begitu sangsi dan takut sekiranya kaedah yang e-book panduan ayat pengasih ini bercanggah dengan agama Islam. Sememangnya aku tidak yakin dan tidak percaya bahawa kaedah ini adalah langkah terakhir aku untuk memperolehi jodoh.
Namun, itulah sebaliknya yang terjadi dan aku panjatkan rasa syukurku kehadrat ilahi kerana dipertemukan dengan panduan doa pengasih ini. Dan untuk rakanku. Terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi saranan dan sudi berkongsi denganku untuk mengikuti langkah-langkah dan panduan nasihat dalam e-book ini.
5 Syarat Yang Perlu dipatuhi Sebelum Menggunakan Ayat Pengasih
Apa yang perlu anda fahami, ayat pengasih merupakan doa yang dibaca dengan jampi dan kaedah tertentu supaya orang yang mengamalkannya mampu membuatkan orang yang dihajati tertarik dan mencintai dirinya.
Pelbagai jenis ayat pengasih boleh digunakan dan keberkesanannya bergantung kepada niat dan kemahuan pengamalnya. Hukum asalnya adalah harus selagi mana ia mengikut lunas-lunas syarak seperti :
- Ayat itu tidak mengandungi maksud yang syirik kepada Allah atau mengambil unsur-unsur agama lain.
- Ayat atau doa pengasih tidak boleh diaggap sebagai azimat atau tangkal yang boleh dibawa kemana-mana untuk memberi manfaat kepada penggunanya seperti melekatkan pada anggota badan dsb.
- Ia tidak memuja nama-nama yang tidak difahami maksudnya menjurus kepada syaitan, khadam atau jin
- Harus yakin bahawa semuanya telah ditentukan dan ditakdirkan oleh Allah SWT.
- Wajib mempunyai niat yang baik untuk menikahi dan bukannya untuk berfoya-foya bersama wanita/lelaki tersebut dan yang penting individu yang disasarkan bukan isteri/suami/tunangan orang lain
Ingin aku kongsikan cebisan ilmu yang aku perolehi daripada e-book panduan doa pengasih pada coretan kali ini mengenai ayat yang boleh diamalkan untuk dijadikan ayat atau doa pengasih.
- Ayat pemanis wajah – Amalkan surah Yusuf ayat 4 sebanyak 3 kali dan tiup pada tapak tangan apabila selesai solat fardhu 5 waktu dan sapukan pada wajah.
- Ayat pengasih – Sentiasa selawat kepada Nabi S.A.W sebanyak 3 kali ketika membasuh muka selepas bangkit dari tidur
- Doa mendapatkan jodoh – Amalkan surah Al-Anfal ayat ke 63 sebanyak 7 kali apabila selesai solat fardhu dan boleh diulang 40 Kali selepas solat Isya.
- Ayat pemikat kekasih – Amalkan membaca surah Al-An’am ayat ke 103 sebanyak 7 kali selama 7 malam berturut-turut. Ketika membaca bayangkan wajah-wajah orang yang anda kasihi seolah-olah mencintai anda.
Akhirnya aku perolehi Jawapan.. Bagaimana hasilkan minyak pengasih
Baru aku menyedari..untuk membuat minyak pengasih yang mustajab .. Nawaitu haruslah bersih dari sebarang kekotoran hati serta dirikanlah solat hajat di malam hari sebanyak 2, 4, 6, 8, 10 atau 12 rakaat setiap sesi. Apabila selesai, bacalah surah al-Fil Ayat 1-5 sebanyak 41 kali pada minyak yang ingin digunakan. Anda boleh menggunakan minyak wangi atau minyak attar sebagai medium perantara. Sebaik-baiknya gunakanlah minyak yang bebas daripada alcohol.
Baru aku menyedari..untuk membuat minyak pengasih yang mustajab .. Nawaitu haruslah bersih dari sebarang kekotoran hati serta dirikanlah solat hajat di malam hari sebanyak 2, 4, 6, 8, 10 atau 12 rakaat setiap sesi. Apabila selesai, bacalah surah al-Fil Ayat 1-5 sebanyak 41 kali pada minyak yang ingin digunakan. Anda boleh menggunakan minyak wangi atau minyak attar sebagai medium perantara. Sebaik-baiknya gunakanlah minyak yang bebas daripada alcohol.
No comments:
Post a Comment